ISLAM DI MELAKA
Islam telah mula
bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan
putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama
Islam. Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam.
Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan
sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang
dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
agama Islam dapat berkembang di Melaka. Antaranya adalah ;
- Peranan
Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima Islam seawall abad
ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil
menyebarkan agama Islam.
- Peranan
Pedagang dari Arab dan India - Di samping berdagang di Melaka, mereka
turut menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan
Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang
bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja,
pembesar dan rakyat Melaka. Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk
tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka.
- Peranan
Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak
langkah dengan memeluk agama Islam.
- Peranan
Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa
ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka
dan mengajar di surau dan madrasah.
- Sifat
agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek
kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut
agama Islam.
Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam
- Melaka
menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama
dan pendakwah.
- Sultan
menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai
untuk bertanyakan hal-hal agama.
- Masjid,
madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca
al-Quran.
- Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli
tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim Al-Jali yang mengarang kitab
Insan Al-Kamil.
- Istana Melaka menjadi tempat menterjemah,
menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
- Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir
Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
- Sultan
Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama
pembesar dalam urusan pentadbiran.
FAKTOR-FAKTOR
PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
=> Pengenalan
Telah banyak teori-teori dikemukakan dan
diketengahkan tentang cara-cara kedatangan agama Islam ke Nusantara. Terdapat
juga pendapat-pendapat yang berkaitan dengan dongeng seperti penerimaan Islam
di dalam Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu.
1.AhIi-ahli sejarah umumnya berpendapat Islam
sudah bertapak di Nusantara semenjak abad ke-13. Walaupun tarikh sebenar
kedatangan Islam tidak diketahui tetapi dipercayai Perlak merupakan kawasan
pertama menerima Islam berdasarkan catatan Marco Polo yang pernah singgah di
kawasan tersebut dalam tahun 1292.
Catatan Ibnu Batuttah menguatkan lagi pendapat
tersebut kerana menurut catatannya, ketika beliau singgah di Pasai pada tahun
1345, penduduk di situ telah menganut Islam kira-kira satu abad. Dalam kitab
Raja-raja Pasai ada menceritakan tentang peristiwa pengislaman raja negeri tersebut
iaitu Merah Silu yang kemudian menukarkan namanya kepada Malikul Saleh. Beliau
telah diislamkan oleh seorang pengembara Arab bernama Syeikh Ismail.
Di
samping itu, ada juga pendapat lain yang mengatakan Islam mula sampai di Pantai
Timur Tanah Melayu yang dibawa oleh orang-orang Champa. Pendapat ini dikuatkan
Iagi dengan terjumpanya Batu Bersurat di Sungai Terasek Terengganu yang
bertarikh 1303. Terdapat juga pendapat yang mengaitkan tentang kedatangan Islam
seperti yang terkandung dalam Sejarah Melayu. Jelasnya ahlli-ahli sejarah tidak
mempunyai kata sepakat berhubung dengan tarikh dan bagaimana Islam mula
tersebar di Nusantara.
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi
perkembangan agama Islam di Nusantara. Antara faktor-faktor tersebut adalah
seperti berikut:
1.Perdagangan
Ramai ahli sejarah bersetuju yang agama Islam
telah diperkenalkan di Nusantara melaluiperdaganga. Perananpedagang Islam
terutama di zaman permulaan Islam di Nusantara amat penting sekali. Para
pedagang dari Arab, India dan Parsi telah menumpukan kegiatanperdagangan di
rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 Iagi.
Kebanyakkan ahli sejarah barat juga
berpendapat agama Islam diperkenalkan di Nusantara melalui perdagangan.
Pendapat ini berasaskan kepada tiap-tiap pelabuhan terdapat penduduk-penduduk
yang beragama Islam. Contohnya di Melaka dan di Aceh yang merupakan pusat-pusat
perkembangan Islam di samping pusat-pusat perdagangan di Nusantara. Di
pelabuhan-pelabuhan tadi terdapat jawatan Shahbandar yang berfungsi
menghubungkan sultan-sultan yang memerintah dengan pedagang-pedagang yang berdagang, sama ada dari dalam atau luar
negeri.
Melaka telah menjadi sebuah negara Islam hasil
daripada kegiatan perdagangan. Setelah Melaka menjadi negara Islam, kegiatan
dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara yang sama. Akhirnya
kedua-dua negara itu mengikut langkah Melaka.
Brunai
telah menerima agama Islam melalui perhubungan yang rapat dengan
pedagang-pedagang Islam.Pedagang-pedagang Jawa yang mempunyai hubungan yang rapat dengan
Melaka telah kembali menyebarkan agama Islam di daerah masing-masing. Begitu
juga peranan yang dimainkan oleh Aceh setelah jatuhnya Kerajaan Melaka pada
tahun 1511 Masehi. Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar Islam telah
menarik hati penduduk tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri. Mereka suka
dan tertarik hati kepada saudagar Islam kerana kemakmurannya bergantung kepada
perdagangan yang dibawa oleh saudagar
tersebut.
Melaka juga menjadi pusat pengajaran Islam di
Nusantara. Ini dapat dibuktikan dari Melakalah Islam berkembang ke Pulau Iawa.
Ahli-ahli perniagaan Jawa beramai-ramai
datang ke Melaka dan di samping menjalankan perniagaan ada di antaranya menerima Islam. Sekembalinya
mereka ke Jawa, saudagar-saudagar tadi berusaha memperkenalkan Islam di Jawa.
Akhirnya atas usaha saudagar-saudagar tadi, Islam telah berkembang di Jawa.
Lantaran itu ramai yang berpendapat Jawa diislamkan oleh Melaka.
Teori bagaimana Islam disebarkan ke alam
Melayu telah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana Barat. Teori yang tertua
sekali menyatakan bahawa agama Islam disiarkan ke alam Melayu melalui saluran
perdagangan seperti yang telah dikemukakan oleh Tom Pires pada tahun 1515.
Teori ini menyatakan bahawa proses islamisasi di kepulauan Melayu dilakukan
secara aman oleh pedagang-pedagang yang tinggal di beberapa tempat dan
berkahwin dengan wanita-wanita setempat. N. Krom berpegang kepada pendapat yang
sama dan beliau menekankan tentang persamaan di antara proses islamisasi dengan
proses penyebaran agama Hindu di alam Melayu sebelum kedatangan agama Islam.
Beliau juga berpendapat bahawa penyebaran agama Islam itu dilakukan oleh
pedagang-pedagang Islam. Y.H. Kern juga
berpegang kepada teori yang sama dan menambah bahawa, apabila peniaga-peniaga yang
kaya telah berkahwin dengan keluarga pemerintah setempat, sedikit demi sedikit
mereka dapat menguasai politik negeri berkenaan.
Menurut catatan China pula, pedagang-pedagang Islam
sudah ada di kawasan perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi.
Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah
mendirikan koloni-koloni mereka di perairan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera
untuk menjalankan kegiatan perdagangan. Selain menjadi perdagangan,
saudagar-saudagar tersebut juga menjalankan kegiatan dakwah di kawasan-kawasan
yang disinggahi. Ada di antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah
tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah yang berkhidmat
secara langsung dengan mengizinkan pendakwah menaiki kapal-kapal mereka bagi
menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. Dengan cara ini
Islam dengan cepat tersebar di Nusantara.
2.
Perkahwinan
Perkahwinan
merupakan faktor utama dalam perkembangan Islam di Nusantara. Ramai
saudagar-saudagar luar, sama ada dari Arab atau India yang beragama Islam telah
berkahwin dengan wanita-wanita tempatan atau puteri-puteri raja. Antara saudagar-saudagar terdapat yang
menjadi hartawan. Melalui hadiah-hadiah dan pengaruh, mereka dapat berkahwin dengan puteri-puteri tempatan.
Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat
dengan pembesar-pembesar tempatan. Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya
mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk dijadikan isteri. Malahan, ada
saudagar-saudagar yang dapat berkahwin
dengan puteri-puteri dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman
Melaka. Perhubungan keluarga teIah memudahkan para pedagang Islam berdakwah
secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri.
Selepas perkahwinan, saudagar-saudagar tadi
memperkembangkan agama Islam pada isterinya, keluanga isterinya dan seterusnya
pada masyarakat tempatan amnya. Proses yang sama akan berlaku yang berakhir
dengan seluruh keluarga diraja tersebut memeluk agama Islam. Sudah menjadi
tabiat masyarkat Melayu akan mengikut apa yang dilakukan oleh raja-raja dan
golongan bangsawan, jadi bila raja-raja dan pembesar-pembesar menerima Islam,
amat mudah dan cepat Islam berkembang di kalangan rakyat bawahan.
Agama
Islam juga tersebar melalui perkahwinan
antara raja sesebuah negara dengan puteri raja dari negara yang lain.
Proses ini biasanya dipanggiI perkahwinan
siasah. Langkah ini turut membantu penyebaran Islam ke sesebuah negara.
Umpamanya perkahwinan Puteri Pasai
dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar ke Melaka.
Putera Parameswara yang beristerikan dengan
puteri Sultan Pasai yang beragama Islam telah ditauladani oleh
pengikut-pengikut dan rakyatnya kerana hendak mendapat limpah kurnia daripada
pemerintah dan daripada pergaulan hidup bermasyarakat.
Sebagaimana yang diketahui Melaka mempunyai
tanah jajahan takluk yang luas. Melaka berfungsi sebagai pusat perkembangan
agama Islam memain peranan utama mengembangkan Islam di tanah-tanah jajahan
takluknya seperti ke Siak, Inderagiri, Rokan, Pahang, Perak dan lain-lain. Pada
lazimnya perkahwinan sering dilakukan di
antara putera-puteri Melaka dengan putera-puteri tanah-tanah jajahan tadi.
Jadi, putera-puteri Melaka yang beragama Islam bila berkahwin dengan putera-puteri lain sudah pastilah akan
memeluk agama Islam terlebih dahulu. Dengan pemelukan Islam oleh raja-raja
tempatan tadi dengan mudah Islam berkembang di kalangan rakyat bawahan.
Schrieke juga turut menekankan bahawa
perkahwinan peniaga Islam yang kaya
dengan keluarga diraja setempat telah menjadi faktor utama dalam penyebaran
Islam ke seluruh alam Melayu. Walau bagaimanapun, sukar untuk menunjukkan bukti
tentang pengislaman yang dilakukan secara besar-besaran di sesuatu daerah
tertentu. Hubungan perkahwinan selalunya membawa pengislaman bagi jumlah yang
kecil sahaja.
Faktor ekonomi dan sosial menjadi pendorong
yang besar ke arah kepesatan berkembangnya agama Islam di kawasan ini. Brunei
telah menerima agama Islam melalui perhubungan yang rapat dengan
pedagang-pedagang Islam. Pedagang-pedagang Jawa yang mempunyai hubungan yang
rapat dengan Melaka telah kembali menyebarkan agama Islam di daerah
masing-masing. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh Aceh setelah jatuhnya Kerajaan Melaka pada tahun 1511
Masehi. Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar Islam telah menarik hati
penduduk tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri. Mereka ini suka dan
tertarik hati kepada saudagar Islam kerana kemakmurannya bergantung kepada
perdagangan yang dibawa oleh saudagar tersebut. Mereka kahwinkan puteri-puteri
bangsawan dan puteri-puteri orang besar mereka untuk mengekalkan
saudagar-saudagar tersebut di tempat itu dan untuk mendapatkan faedah ekonomi.
Dengan cara perkahwinan ini maka
keluarga-keluarga yang terlibat dalam perkahwinan itu dengan sendirinya memeluk agama Islam.
3.
Perluasan kuasa dan faktor politik
Dua buah negara yang memainkan peranan penting
dalam penyebaran Islam melalui usaha penaklukan ialah Melaka (pada abad ke-15)
dan Acheh (pada abad ke-16 dan 17). Di zaman keagungannya, Melaka telah
menakluki banyak daerah dari negeri di Semenanjung dan juga Sumatera seperti
Pahang, Kedah, Siak, Rokan dan lain-lain Iagi. Melalui penaklukan ini, Islam telah disebarkan ke negeri-negeri
tersebut. Kebiasaannya, raja di sesebuah negeri yang ditawan tidak sukar
diislamkan kerana secara sukarela mereka menerima Islam sebagai satu Iangkah
untuk mendapatkan layanan yang baik dari pemerintah negeri yang menawannya.
Pengislaman raja sesebuah negeri biasanya diikuti oleh rakyat. Ini sudah tentu
menambahkan bilangan orang yang menganut agama Islam. Di zaman kekuatan Melaka
dan Acheh dahulu, melalui naungan yang diberikan terhadap tanah-tanah
jajahannya, ia telah menyelamatkan negeri-negeri tersebut dari jatuh ke tangan
kuasa-kuasa Kristian.
Sarjana Barat, Van Leur mengemukakan teorinya
yang mengatakan bahawa proses islamisasi di kepulauan Melayu disokong oleh
situasi politik dan juga motif politik. Melaka dikatakan menganut agama Islam
kerana bermaksud mendapat sokongan pedagang-pedagang Islam. Hal yang sama juga
dikatakan dilakukan oleh kerajaan-kerajaan di pesisir kepulauan Indonesia.
Negeri-negeri itu menganut agama Islam untuk mengelak dari pengaruh kerajaan
Majapahit. Kerajaan-kerajaan Islam yang baru, menuntut sokongan orang Islam
untuk mempertahankan kerajaan mereka yang bercorak Islam. Kerajaan--kerajaan
ini mengharapkan pertumbuhan aktiviti perdagangan dengan sokongan dari
pedagang-pedagang Islam. Van Leur cuba menumpukan faktor-faktor politik dan
ekonomi yang menjadi dorongan kuat untuk kerajaan Melayu menganut agama Islam.
4.
Ajaran Islam yang mudah/Ideologi Islam itu sendiri
Faktor yang dikira penting disamping ikutan
dan kepatuhan kepada raja mereka, orang Melayu secara beramai-ramai dan suka
hati memeluk Islam adalah disebabkan keelokkan ajaran serta keadilan sejagat
yang menghapuskan sistem kasta dalam umat manusia yang dibawa oleh Islam.
Keadilan dan kebebasan yang tidak membezakan warna kulit dan darah keturunan,
menarik minat mereka dalam menghapuskan jurang pemisah dalam serata masyarakat
ketika itu.Islam menekankan cara pergaulan yang baik, cara berpakaian, makan
dan sebagainya. Dengan perkataan lain, ajaran Islam menganjurkan kebersihan
dari kesucian jasmani dan rohani. Ia dianggap sebahagian daripada iman.
Sebelum agama Islam bertapak dan berkembang di
Nusantara, penduduk-penduduknya menganut agama Hindu atau mempercayai fahaman
animisme yang diwarisi dari datuk nenek mereka.Tetapi kerana aspek ajaran Islam
itu Iebih baik dan mudah, menyebabkan agama tersebut akhirnya dapat mengatasi
perkembangan agama Hindu.
Faktor kesederhanaan,kesucian dan keluhuran
agama Islam itu sendiri yang bertunjangkan kepada ketuhanan yang tunggal dan
penyamaan taraf antara sesama Islam, tidak sebagaimana agama Hindu yang dianuti
oleh penganut-penganut Melayu sebelum itu yang bertuhankan kepada berhala dan
dewa.
Agama
Islam dianggap agama yang rasional dan praktikal,mudah difahami dan konsepnya
sesuai dengan corak dan sistem hidup orang-orang Melayu. Islam telah melahirkan
nilai-nilai murni seperti hidup bantu-membantu, bersifat adil, jujur dan
sebagainya. Semuanya ini menjadi tarikan kepada orang-orang Melayu untuk
menerima Islam. Akhirnya agama Hindu ditolak secara keseluruhannya oleh
masyarakat Melayu.
Wertheims juga rnenunjukkan bagaimana idea
persamaan dan harga diri bagi setiap insan dalam masyarakat Islam telah
rnenjadi daya penarik yang utama kepada penduduk di kepulauan Melayu daripada
sistem kasta Hindu yang diamalkan selama ini dalam kehidupan mereka seharian.
Sesungguhnya konsep Islam tentang persamaan telah mendapat sambutan yang
rneluas di kalangan rakyat jelata di daerah-daerah yang didatangi oleh pedagang
Islam atau daerah-daerah yang dikuasai oleh kerajaan-kerajaan Hindu. Dengan
kata lain,pengislaman yang berlaku di daerah ini adalah disebabkan oleh
semangat ideologi Islam itu sendiri.
5.
Faktor kesusasteraan
Kesusasteraan juga telah menjadi saluran
penting kepada penyebaran Islam di Asia Tenggara. Dengan kedatangan Islam,
masyarakat Nusantara telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan
utama. Dengan adanya satu bahasa, kegiatan menyebarkan Islam menjadi lebih
mudah dan lancar. Kedatangan Islam juga telah memperkenalkan tulisan Jawi.
Hasil-hasil sastera Melayu ditulis dalam tulisan Jawi. Hal ini memudahkan para
ulama dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana
mereka dapat menguasai tulisan Jawi. Di zaman keagungan Melaka dan Acheh, bahasa
Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan mereka.
Pelbagai bentuk sastera Arab seperti
syair dan gurindam telah mempengaruhi bahasa Melayu. Hasilnya sastera-sastera
Islam telah dikembangkan melalui bahasa Melayu dan ini sudah tentu dapat
mengembangkan lagi fahaman orang-orang Melayu terhadap ajaran Islam.
Di samping ajaran agama Islam, terdapat
hasil-hasil sastera Islam berdasarkan
kepada cerita-cerita nabi, perwira-perwira Islam dan lain-lain disebarkan oleh
bijak pandai Islam ketika itu. Jadi pengaruh agama Islam tersiar dengan meluas
di Nusantara dan berjaya dijadikan satu pegangan yang teguh dan kuat sehingga
mengkagumkan mubaligh-mubaligh Kristian yang gagal menjalankan usaha-usaha
mereka di Nusantara.
Beberapa tokoh karyawan dan ulama Iuar serta
tempatan telah menghasilkan karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam
bentuk asli ataupun terjemahan dan saduran. Sebahagian besar daripada karya
tersebut seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Amir
Hamzah dan sebagainya begitu diminati oleh orang-onang Melayu. Karya-karya ini
mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman pembacanya kepada ajaran
Islam itu sendiri. Bidang kesusasteraan Islam begitu pesat berkembang di Acheh sehingga
melahirkan ramai tokoh sastera seperti
Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri yang berhasil mengarang pelbagai jenis
kitab agama. Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan ke seluruh jajahan takluk
dan hal ini sudah tentu membantu penyebaran Islam ke Nusantana.
6.
Peranan ahli tasawuf, sufi dan pendakwah
Pengembang-pengembang agama pula sungguhpun
mereka bukannya orang yang mula-mula sekali membawa masuk agama Islam ke
Melaka, tetapi kedatangan mereka kemudiannya telah memesatkan penyebaran itu
bersama dengan ajaran-ajarannya sekali. Islam tiada berkehendakkan pengorbanan
yang besar dari penganut-penganutnya yang baru memeluk agama Islam. Walau
bagaimanapun, hingga kurun yang keempat belas, penyebaran agama Islam telah
disekat oleh Majapahit, negara Hindu yang terakhir dan terbesar sekali di
Tenggara Asia. Dengan berpecahnya Majapahit, Islam telah mulai tersebar semula
dengan cepatnya.
Bukti-bukti juga menunjukkan yang Mu’awiyah
bin Abu Sufyan (661-680M.), iaitu Khalifah pertama Kerajaan Bani Umayyah, telah
pernah menghubungi Ratu Sima di Jawa pada tahun 674M. Tetapi baru pada zaman
Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M), usaha-usaha dakwah Islamiah menampakkan
hasil apabila beliau berjaya mengislamkan Srindravarman, Raja Srivijaya di
Jambi pada tahun 718M.
Kegiatan penyebaran Islam dikembangkan oleh
ahli-ahli tasawuf dan sufi yang merupakan ulama Islam yang kuat beramal.
Kedua-dua golongan ini telah menunjukkan teladan yang baik tentang Islam itu
sendiri. Mereka berpakaian bersih, bersopan santun dan bertatatertib sehingga
tingkah laku dan tutur kata mereka mempesonakan orang ramai. Di zaman Melaka,
golongan ini juga diberi penghormatan yang tinggi oleh pemerintah kerana bijak
dalam tutur kata. Nasihatnya didengar oleh sultan dan para pembesar. Di zaman
kesultanan Acheh, golongan tasawuf telah
diberi peranan penting dalam pentadbiran. Semasa pemerintahan Sultan lskandar
Muda, seramai 22 orang ulama (ahli tasawuf ) telah menganggotai BaIai Gadang
yang menjadi pusat bagi membincangkan masalah pentadbiran negara dan masalah
agama. Antara mereka termasuklah Hamzah Fansuri dan Nuruddin aI-Raniri. Mereka
telah memberi sumbangan yang besar kepada
Acheh dalam kegiatannya sebagai pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara.
Sementara pada zaman kerajaan Islam Demak,
golongan ini Iebih dikenali sebagai Wali Songo. Mereka memainkan peranan
penting dalam penyebaran Islam di Pulau Jawa. Tokoh-tokoh seperti Sunan Ampel,
Sunan Bonang dan Sunan Gunung Jati memang tidak asing dalam sejarah
perkembangan pengaruh Islam di Jawa dan sekitarnya.
Ada
pendapat yang menolak dakwaan agama Islam datang ke Nusantara melalui pedagang
sebab pedagang-pedagang Islam berada di Nusantara sejak abad ke 8M lagi.
Masakan agama Islam mulai tersebar luas hanya pada kurun 12M. Lagipun kalau
agama Islam dibawa oleh pedagang-pedagang, nescaya agama Islam berkembang di
peringkat rakyat bawahan kemudian baru diikuti oleh golongan bangsawan dan
raja-raja. Jadi, wujud pula pandangan dan pendapat yang mengatakan agama Islam
di Nusantara dibawa oleh ahli-ahli sufi yang datang bersama-sama dengan para
pedagang bagi tujuan mengembangkan agama Islam. Puak sufi ini terdiri daripada
orang-orang yang benar-benar ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tugas
mengembangkan agama Islam di Nusantara. Peranan puak sufi ini amat jelas bila
dianalisa perkembangan Islam di pedalaman kepulauan Indonesia. Terdapat juga
ahli-ahli sufi yang melibatkan diri mereka dengan politik contohnya dalam usaha
menentang dan menghapuskan kerajaan Hindu-Majapahit di Jawa dan Sumatera.
Melalui pengaruh dan usaba-usaha ahli sufi
inilah, agama Islam meluas pengaruhnya di Nusantara. Sebagai buktinya
peranan ahli-ahli sufi ialah masih
terdapat pusara-pusara mereka yang dianggap keramat dan menjadi tumpuan
penduduk-penduduk tempatan seperti di Jawa, Sumatera dan di Sulu, Filipina.
Terdapat juga ahli-ahli tasauf Islam
yang mengembara ke daerah-daerah pedalaman dengan tujuan mengembangkan agama
Islam. Di samping itu ada ulama-ulama berusaha menyalin kitab-kitab agama dan
falsafah Islam ke dalam bahasa Melayu untuk mengembangkan dengan luasnya
pengetahuan Islam di kalangan rakyat di seluruh Nusantara.
Sarjana Barat, A.H. John juga dengan teori
yang berpendapat agama Islam bukan dibawakan oleh pedagang-pedagang kerana
menjadi sesuatu yang luar biasa jika pedagang begitu berminat untuk menjalankan
dakwah agama. Yang berkemungkinan berlaku ialah pedagang-pedagang itu menjadi
ahli kumpulan sufi yang tertentu dan dalam pengembaraan mereka,
pedagang-pedagang tersebut ditemani oleh syekh sufi berkenaan.
Ahli-ahli sufi inilah yang sebenarnya menjalankan dakwah agama Islam di
alam Melayu. S.Q. Fatimi bersetuju dengan pendapat ini dan menyokong teori
proses islamisasi di alam Melayu ini dilakukan oleh ahli-ahli sufi.
7.
Kesan Perang Salib / saingan untuk mengatasi perkembangan agama Kristian
Perang Salib yang berlaku pada abad ke-11
hingga abad ke-13 telah mempergiatkan lagi usaha pendakwah.
Perang Salib 1 1096 -1099 M Perang Salib 2
1147 -1149 M Perang Salib 3 1189 -1192 M Perang Salib 4 1240 -1249 M Perang
Salib 5 1218 -1221 M Perang Salib 6 1228 -1229 M Perang Salib 7 1240 -1249
M Akibat dari perang salib ini kedua-dua
belah pihak sama ada Islam atau Kristian telah berlumba-lumba mengukuhkan
kedudukan dan menjaga kepentingan mereka di timur. Jadi saudagar-saudagar Islam
telah berusaha bensungguh-sungguh untuk meluaskan pengaruh mereka dengan
mengembangkan agama Islam di Nusantara. Hal yang sama dilakukan oleh
orang-orang Kristian, contohnya Sepanyol dan Belanda.Orang-onang Kristian
mempunyai matlamat mengkristiankan masyarakat Timur khasnya masyarakat
Nusantana.Salah satu tujuannya ialah menghapuskan agama Islam dan mengembangkan
agama Kristian tapi gagal, kecuali di kepulauan Philipina dan Pulau Ambon.
Lantaran itu orang.orang Barat mulai menggunakan kekerasan untuk mencapai
tujuan mereka di atas. Walau bagaimanapun sejarah telah membuktikan yang agama
Islam telah berjaya tersebar luas dengan pelbagai cara di seluruh Nusantara.
Schrieke juga cuba menghubungkan faktor
penyebaran Islam di kepulauan Melayu dengan usahasaingan untuk mengatasi
perkembangan agama Kristian. Konfrontasi di antara Islam dengan Kristian di
Asia Barat dan di Semenanjung Iberia di Eropah juga dilanjutkan ke alam Melayu.
Pertentangan terus-menerus berlaku antara Portugis dengan peniaga-peniaga
Islam, raja-raja Islam dan Arab, Parsi dan India.Faktor saingan ini telah
mendorong semangat penyebaran agama Islam. Keadaan ini dapat dianggap sebagai
satu usaha untuk menahan pengaruh agama Kristian di sebelah timur.
8.
Kekaburan ajaran Hindu
Agama
Hindu merupakan satu fahaman yang amat kompleks dan sukar difahami oleh rakyat
bawahan.Konsep ketuhanan agama Hindu sukar difahami walaupun agama tersebut
telah tersebar ke Alam Melayu semenjak berabad-abad. Agama Hindu mempunyai
banyak tuhan; ada tuhan baik, tuhan jahat dan sebagainya. Penganut-penganutnya
juga tidak faham tentang konsep hukum-hakam, dosa, pahala dan lain-lain
lagi. Ajaran Hindu juga lebih
menitikberatkan soal khayalan, dongeng, dewa-dewa dan lain-lain. Selalunya
soal-soal seperti ini hanya difahami oleh sami-sami mereka sahaja. Dengan erti
kata yang lain, ajaran-ajaran agama Hindu banyak yang kabur dan seringkali pula ajaran-ajarannya tidak
diterima akal. Keadaan ini telah menjejaskan kepercayaan penganut--penganut
agama tersebut.
Sebaliknya agama Islam adalah satu agama yang
mudah difahami dan dapat diterima pada akal oleh setiap golongan rakyat, sama
ada rakyat atasan atau bawahan tanpa memberatkan diri seseorang penganutnya.
Jadi tidak menghairankanlah agama Islam mendapat sambutan yang baik bila ianya
diperkenalkan. Hanya dengan menerima konsep ketuhanan yang esa dan Nabi
Muhammad sebagai pesuruhNya, maka keislaman seseorang itu sudah diterima.
Penganut-penganut agama Islam dijelaskan
dengan sifat-sifat ketuhanan yang sebenar-benarnya. Tuhan yang menjadikan
seluruh alam, mempunyai kekuasaan dan tidak menyerupai apa-apa benda sekalipun.
Hal ini dengan mudah menarik orang-orang Melayu menerima Islam.
9.
Status / perasaan anti sistem kasta
Berbanding dengan ajaran Islam, agama Hindu
sangat mementingkan status atau
menekankankonsep kasta. Dalam masyarakat Hindu, manusia dibahagikan kepada
taraf yang berbeza-beza: kasta tinggi (Brahmin),kastasederhana (Kesyatria dan
Vaisya) dan kasta rendah (Paria). Tiap-tiap orang tidak boleh mengubah kasta.
Ahli-ahli sosioloji moden menjelaskan bahawa lahirnya sentimen pro-Islam
yang mendalam di kalangan penganut Islam di kawasan ini terutama sekali di
kawasan bandar adalah dipengaruhi dengan kuatnya oleh perasaan anti sistem
kasta. Kelas-kelas bawahan dalam masyarakat menyedari bahawa kedudukan mereka
tidak ada nilai dalam sistem masyarakat lama. Memeluk agama Islam adalah satu
cara yang berkesan untuk membebaskan mereka dari belenggu kasta. Islam dengan
ajarannya yang mementingkan persamaan taraf sesama manusia telah menjadi faktor
yang utama dalam penukaran agama.
Ajaran agama Islam mengamalkan persaudaraan
dan kasih sayang sesama manusia dan penganutnya tanpa mengira warna kulit
bangsa, taraf dan kekayaan. Hal ini amat sesuai dengan cara hidup orang-onang
Melayu yang hidup turun-temurun secara bentolong-tolongan melalui sistem
bergotong-royong. Masyarakat Nusantana juga terkenal dengan sifat-sifat halus
dan berbudi bahasa.
Sungguhpun sistem kasta di gugusan pulau-pulau
Melayu tidak begitu keras diikuti sebagaimana yang diamalkan di India, tetapi tidaklah
benar sama sekali jika dianggap bahawa tidak ada perbezaan taraf di kalangan
masyarakat orang beragama Hindu di gugusan pulau-pulau Melayu pada masa itu.
Bersama dengan kedatangan agama Islam itu pula
wujudnya keamanan, ilmu pengetahuan, kepandaian menulis dan membaca, keadilan
sosial dan kemajuan, sebagai gambaran daripada keluhuran dan kesucian agama
tersebut. Salah satu daripada ajaran Islam ialah wajib percaya kepada adanya
syurga dan neraka, orang yang berbuat baik mendapat pahala iaitu balasan baik
di dalam syurga, orang yang berbuat jahat pula akan menerima balasan azab dan
dimasukkan ke dalam neraka
10.
Pengaruh pemerintah
Pengaruh agama Islam yang mula berkembang di
Nusantara telah mendapat tempat di kalangan raja dan pembesar . Pengislaman
raja-raja telah membantu perkembangan Islam. Masyarakat Melayu terkenal sebagai
masyarakat yang taat kepada raja. Mereka mudah terpengaruh dengan perbuatan dan
kata-kata raja. Biasanya kata-kata raja juga dianggap undang-undang muktamad. Apabila raja dan pembesar sesebuah negeri menganut Islam, secara tidak
Iangsung rakyat jelata turut mengikut
jejak langkah mereka. Keadaan ini juga diikuti oleh penduduk di negeri-negeri
jajahan. Akhirnya, Islam berkembang luas di semua daerah Nusantana.
Susunan masyarakat juga boleh membantu
penyebaran Islam. Mengikut sistem Hindu di mana terdapat struktur masyarakatnya
yang berbentuk fiudal, kedudukan seorang raja di segi agama merupakan
penjelmaan dewata. Contoh tauladan yang dilakukan oleh pembesarnya selalunya
diikuti oleh rakyat. Maka pengislaman raja Melayu bererti peng-islaman
rakyatnya juga.
Selain itu, peranan yang dimainkan oleh
Syahbandar dalam perkembangan Islam
adalah amat penting. Syahbandar
merupakan pegawai yang berkuasa di pelabuhan-pelabuhan. Peranannya
mengutip cukai dan menjadi perantara antara pedagang dengan sultan. Biasanya
Syahbandar mempunyai pengaruh di
kalangan raja dan para pembesar serta nasihatnya diikuti oleh raja dan pembesar
.
Di
dalam menyebarkan Islam,Syahbandar telah
membawa masuk ahli-ahli agama. Sering juga seseorang Syahbandar bersikap pilih kasih iaitu hanya
pedagang-pedagang Islam sahaja diberi keutamaan berniaga di pelabuhan yang
dikuasai. Ini menggalakkan pedagang-pedagang bukan Islam menganut agama Islam
untuk mendapat kedudukan istimewa. Hal ini sudah tentu mendatangkan
sekurang-kurangnya dua kebaikan iaitu perdagangan berkembang pesat dan
bertambahnya bilangan orang yang menganut Islam. Apabila golongan ini pulang ke
tempat asal, sudah tentu mereka dapat mempengaruhi kaum keluarga supaya
menerima ajaran Islam.
11.
Kekosongan jiwa kerana belum ada agama
Sungguhpun sebahagian besar masyarakat Melayu
di Nusantana beragama Hindu, ada juga
yang tidak mempunyai agama. Mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka
menyembah dan mempercayai penunggu, pawang, jin dan objek-objek yang dianggap
ganjil dan dipercayai mempunyai kuasa. Dengan perkataan lain, mereka belum Iagi
mempunyai satu pegangan khusus dan sebenar.Jiwa mereka masih kosong. Kedatangan
Islam membawa ajaran yang rasional dan telah mengubah fikiran mereka dan
akhirnya diterima sebagai pegangan hidup.
Huru-hara akibat perpecahan dalam Iapangan
siasah dan pemikiran agama telah terbukti merupakan suatu faktor yang penting
dalam penyebaran agama Islam. Melaka telah menerima Islam sebagai senjata
siasah untuk digunakan bagi menentang Majapahit Hindu itu. Lain-lain kerajaan
beraja yang telah merdeka dari Majapahit telah juga berbuat demikian.
Kekosongan dalam segi pemikiran agama yang
merupakan huru-hara siasah di Tenggara
Asia pada penghujungan kurun yang keempat belas hanya dapat diisi oleh Islam.
12.
Kelemahan pengaruh Hindu dan Buddha
Kelemahan pengaruh Hindu dan Buddha telah
mendorongkan kepada penukaran dan agama tersebut kepada agama Islam. Lagipun
aliran fikiran yang menjadi panduan hidup orang Hindu banyak yang bertentangan
dengan tradisi penduduk tempatan. Sebaliknya pula, Islam menarik fikiran mereka
menyebabkan mereka berasa senang hati memeluk agama Islam.
13. Corak maritim kawasan
Asal-usul kedatangan Islam ke alam Melayu
ditentukan oleh corak maritim kawasan yang menerima pengaruh agama iaitu
kawasan persisiran. Kemudahan perjalanan seperti ini membolehkan agama Islam
dari Melaka tersebar lebih jauh ke bahagian utara pesisir Pulau Jawa, Kepulauan
Sulu dan Brunei. Melaka berperanan menyebarkan agama Islam kerana adanya
faktor-faktor tertentu. Di antara peranan sultan iaitu Sultan Muzaffar Syah di
mana baginda telah berusaha mengukuhkan dan menyebarkan agama Islam di Melaka
dan kawasan berhampiran dengannya. Sultan Muzafar menjadikan hukum Islam
sebagai asas pemerintahan baginda. Kumpulan dakwah pula telah berusaha mengajar
hukum Islam dan dengan ini dapat membentuk peningkatan tentang kefahaman dalam
Islam. Tambahan pula sultan Muzaffar memberikan galakan kepada pendakwah bagi
melaksanakan rancangan untuk mengembangkan Islam. Antara pendakwah yang
terdapat iaitu Kadi Melawar, Sayid Abdul
Aziz, Maulana Abdul Sadar dan sebagainya. Mereka ini berasal dari Tanah Arab.
Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah, dakwah islamiah telah berkembang dengan
meluas ke seluruh Asia Tenggara terutamanya ke Gugusan Kepulauan Melayu.
Pendakwah dari Melaka telah pergi ke Pulau Jawa, Pulau Borneo dan sebahagian
Selatan Filipina untuk menyerarkan agama Islam.
KESIMPULAN
Setelah penerangan yang panjang lebar di atas
berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah dikumpul, maka dapatlah disimpulkan
bahawa agama Islam berkembang di Nusantara bukanlah disebabkan oleh satu-satu
faktor yang tertentu, malah terdapat 13 faktor yang masing-masing turut
mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sebab-sebabnya ialah perdagangan iaitu
melalui para pedagang yang turut menjadi atau membawa bersama mereka ahli
tasauf atau ahli sufi atau
pendakwah yang menonjolkan sifat-sifat
positif, disamping ideologi ugama Islam itu sendiri yang mudah difahami,
bersifat rasional, universal dan tidak mengamalkan kasta, menarik perhatian
masyarakat Melayu berbandingn dengan agama Hindu dan Budha yang juga kurang
pengaruhnya pada waktu itu. Justeru pemelukan agama Islam di kalangan para
pembesar dan raja merupakan pemangkin perkembangan agama Islam di Nusantara
memandangkan sifat masyarakat Melayu itu sendiri yang taat kepada raja,
menyebabkan mereka turut memeluk ugama Islam. Pada masa yang sama,
perkahwinan saudagar luar sama ada dari
Arab atau India yang beragama Islam dengan wanita-wanita tempatan atau
puteri-puteri raja juga turut menyumbang. Senario ini juga berlaku iaitu
perkahwinan antara putera-puteri Melaka dengan putera puteri tanah-tanah
jajahannya. Kekosongan jiwa kerana belum ada agama yang merupakanhuru-hara
siasah di Tenggara Asia pada penghujungan kurun yang keempat belas yang berlaku
juga menyebabkan masyarakat Melayu mudah menerima Islam.Kesemua ini juga
berkait rapat dengan corak maritim kawasan Nusantara yang mudah menerima
pengaruh agama melalui kawasan persisiran Selat Melaka
RUJUKAN
*
Abdul Rahman Hj. Abdullah,
Dr.,Sejarah & Tamadun Islam,Pustaka Ilmi, 2002
*
Ahmad Hj. Hashim, B.S. (hons)
U.M.,STPM Sejarah Islam,Pustaka Sri Murni, 1989
*
Azhar bin Mad Aros, Sejarah Islam
untuk STPM, IBS Buku Sdn. Bhd., 1991
*
Dusuki bin Hj. Ahmad,Ikhtisar
Perkembangan Islam,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia,
1987
*
Ismail Hamid, Dr.,Peradaban Melayu
& Islam, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985
*
Mohd Masir Ripin,Tamadun Islam
& Tamadun Asia 1,Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti
Teknologi Malaysia, 2003
*
www.members.tripod.com/PBMUM/sejarah/26.html
- 17k,(30/04/05 7.17am)